ATTENTION!!

PIHAK HOLISTIC MIND SOLUTION TERUTAMANYA MAZLAN BIN MUHAMMAD ZAIN TIDAK PERNAH MEMBERI TESTIMONI KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MELARISKAN PRODUK/PROGRAM MEREKA. HARAP MAKLUM!!
bilamana perasaan 'tahu' menguasai diri..kebenaran hanya sekadar diruang lingkup 'pengetahuan' yang ada..

bilamana diri mengaku 'tahu', mana mungkin ada pengetahuan selain dari apa yg diri tahu..

bilamana diri tak tahu dia tak tahu, mana mungkin diri tahu apa yang dia tak tahu

tatkala diri tahu dia sebenarnya tak tahu, baru lah bergerak dalam pengetahuan yang maha tahu
HMS

Holistic Mind Solution (HMS) merupakan satu syarikat milik bumiputera dengan nombor pendaftaran 001750646-X. HMS adalah sebuah syarikat persendirian dan kami bukanlah suatu pertubuhan ataupun perkumpulan yang membawa fahaman serta pengaruh tertentu. Kami TIDAK sama sekali bersekongkol dengan mana-mana pertubuhan atau pihak ektremis yang ingin melawan mana-mana pihak terutamanya kerajaan.

Visi Kami
Tujuan kami di HMS adalah untuk berkongsi pengetahuan serta mendidik dan membuka minda rakyat serta bangsa Malaysia supaya lebih berdaya saing dengan negara serta bangsa lain didunia ini. Harapan kami agar bangsa Malaysia dapat meninggalkan sikap-sikap serta sifat negatif yang telah menjadi ‘darah daging’, serta keluar dari dogma yang langsung tidak membawa keuntungan kepada diri serta negara.

Misi Kami
Holistic Mind Solution menawarkan khidmat perawatan secara alternatif serta alami. Kami di HMS menggunakan kaedah gabungan diantara tenaga minda, tenaga manusia dan juga tenaga alam semesta. Suatu kaedah yang tidak melanggar batasan syariat agama dan juga tidak menggunakan sebarang unsur negatif seperti jin, hantu dan sebagainya. HMS juga ada menganjurkan beberapa bengkel kursus yang berkaitan dengan tenaga minda kepada sesiapa yang berminat untuk mengubah tabiat serta sikap mereka serta anak-anak. Dimana kami akan menjemput beberapa tenaga pengajar yang ternama di Malaysia dalam bidang ini.

Hubungi Kami
019-3973223 (Mazlan) ; 016-2586694 (Pn Nurul)


Labels: edit post
0 Responses