ATTENTION!!

PIHAK HOLISTIC MIND SOLUTION TERUTAMANYA MAZLAN BIN MUHAMMAD ZAIN TIDAK PERNAH MEMBERI TESTIMONI KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MELARISKAN PRODUK/PROGRAM MEREKA. HARAP MAKLUM!!
bilamana perasaan 'tahu' menguasai diri..kebenaran hanya sekadar diruang lingkup 'pengetahuan' yang ada..

bilamana diri mengaku 'tahu', mana mungkin ada pengetahuan selain dari apa yg diri tahu..

bilamana diri tak tahu dia tak tahu, mana mungkin diri tahu apa yang dia tak tahu

tatkala diri tahu dia sebenarnya tak tahu, baru lah bergerak dalam pengetahuan yang maha tahu
HMS

Isu ni telah diutarakan oleh khatib masa khutbah jumaat dalam 2 minggu lepas. Jika dizaman Rasulullah SAW, golongan penyembah berhala ini menyembah berhala yang berbentuk patung-patung dewa/tuhan tertentu. Jadi golongan penyembah berhala dahulu secara jelasnya menunjukkan aktiviti penyembahan mereka yang sememangnya jauh bersalahan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Aktiviti penyembahan ini adalah kerana mengikut perbuatan yang dilakukan turun-temurun diwarisi dari kedua orang tua yang mana diwarisi dari kedua orang tua mereka dan seterusnya. Ini adalah kerana sifat manusia yang sememangnya dari dulu sehingga sekarang mencari serta mengkaji kewujudan Pencipta. Dengan kaedah akal mereka membentuk tuhan mereka dari apa yang boleh difahami.


Dizaman sekarang ni yang canggih dengan segala teknologi, manusia tetap dengan sifat yang satu, iaitu masih tercari-cari siapakah Pencipta. Atau dengan kata lain, manusia masih tercari-cari siapa/apa yang disebut sebagai TUHAN. Dengan kemajuan akal/minda, manusia sekarang tidak lagi menyembah patung-patung TAPI manusia lebih kepada menyembah ‘berhala’ yang berupa sesuatu ideologi/fahaman. Keadaan ini amat berbeza dari penyembahan berhala zaman dahulukala. Dan penyembahan berhala kini lebih halus dan tersusun. Keadaan ini lah yang berlaku setelah datangnya zaman fitnah iaitu zaman dimana ‘pembersihan’ ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW dilakukan secara besar-besaran. Dimana pembunuhan demi pembunuhan dilakukan bermula dari pembunuhan Saidina Ali ra, Saidina Husin ra...atas alasan tidak mahu adanya perpecahan dikalangan umat islam.


Hal ini tidak lari dalam perjalanan mengenal Allah. Ada golongan yang telah secara sedar ataupun tidak sedar ‘membentuk’ Allah yang maha ghaib lagi tiada berbentuk. Daripada jalan mengenal kekuasaan Allah yang Esa, telah menjadi jalan mencari tuhan yang bernama Allah. Nauzubillah…. Hingga terbitnya bermacam-macam terminologi yang sukar difahami atas alasan rahsia..berbagai perguruan serta pengajian yang kononnya mengajar erti hakikat serta mendapat makrifat kepada Allah. Bermacam-macam pengakuan yang telah terlafaz, sehinggakan ada yang mengaku diri adalah tuhan. Dan ada yang telah mengaku diri adalah Allah. Nauzubillah….

Sesungguhnya kekuasaan Allah zahir dan nyata. Kasihnya rasulullah saw kepada umat baginda juga jelas dan nyata. Tiada rahsia, tiada teka-teki bagi mereka yang mahu memahami. Yang tersurat itu lah yang tersirat. ‘Allah itu Esa, Allah itu tiada(maha ghaib), Allah itu tidak berbentuk dan tidak membentuk, Allah itu maha ada & maha kekal’. Jangan sesekali kita membentuk Allah, kerana sekiranya kita membentuk Allah, maknanya kita telah membentuk berhala, dan itulah yang kita sembah. Nauzubillah….


Jadi persoalannya sekarang…adakah kita termasuk didalam golongan yang menyembah berhala???


Renung-renungkan lah…

Labels: , , , edit post
0 Responses