ATTENTION!!

PIHAK HOLISTIC MIND SOLUTION TERUTAMANYA MAZLAN BIN MUHAMMAD ZAIN TIDAK PERNAH MEMBERI TESTIMONI KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MELARISKAN PRODUK/PROGRAM MEREKA. HARAP MAKLUM!!
bilamana perasaan 'tahu' menguasai diri..kebenaran hanya sekadar diruang lingkup 'pengetahuan' yang ada..

bilamana diri mengaku 'tahu', mana mungkin ada pengetahuan selain dari apa yg diri tahu..

bilamana diri tak tahu dia tak tahu, mana mungkin diri tahu apa yang dia tak tahu

tatkala diri tahu dia sebenarnya tak tahu, baru lah bergerak dalam pengetahuan yang maha tahu
HMS
Diri yang terbahagi pada emosi, perasaan dan perbuatan maka lahirlah kehidupan dan adakah kita peduli atau mahu mengambil peduli ?. Kiranya dipecahkan emosi yang rasa yang lahir dari hati, perasaan rasa yang lahir dari otak yang terbentuk dari sifat nafsu/kehendak dan perbuatan adalah tindakbalas yang diterjemah pada jasadnya. Disinilah tersembunyi rahsia dengan menguasai emosi manusia, syaitan/jin berupaya menguasai manusia tanpa manusia itu sedar akan diri yang dikuasai. 

Kita yang tidak mengenal erti rasa lalu tidak berupaya membezakan2kan rasa lalu disitulah kelemahan yang digunakan mereka untuk menguasai emosi lalu diajar mengangkat perasaan yang dikuasai mereka pada perbuatan kita. Perasaan adalah sifat kehendak yang lahir dari otak lalu disitulah kita dibentuk atau dinakhoda Iblis 'The Puppetier" yang membawa kehidupan kita mengikut kehendaknya.

Lalu kita diajar untuk mematikan kehendak (otak) agar diri terlepas dari menjadi boneka iblis, lalu hidup sebagai hamba Yang Maha Esa. Berbezanya manusia yang hidup dari emosi/rasa dan mereka yang hidup dengan perasaan yang berteraskan kehendak dan kemahuan. Lalu datanglah perasaan2 yang menhidupkan manusia atau kehendak MAHU.. mahu berkuasa, mahu kekayaan, mahu isteri/suami yang cantik/tampan bermacam2 perasaan mahu sehingga membawa kita perasaan atau hidup dalam kepura2an. Kita berpura2 tahu atas perasaan malu kiranya dikatakan tidak tahu, dan bergitulah kita akan terus berpura2 sehingga tiada lagi Jasad sebagai pakaian lalu disitulah akan datang penyesalan lalu merayu2lah kita minta diberikan peluang untuk membetulkan kesilapan kita.?

Pilihan pada kita yang memilih jalan pada kita, tiada halangan untuk kita terus hidup dalam dunia hayalan perasaan atau kita memilih jalan rasa yang membawa kebenaran Yang Nyata kiranya kita mahu?. Kita boleh berkata tahu pada perasaan berpengetahuan kita atau kita boleh memilih untuk merasai kebenaran yang tiada pada kita .


*dipetik dari http://ishakismail.blogspot.com
Labels: , , edit post
0 Responses