ATTENTION!!

PIHAK HOLISTIC MIND SOLUTION TERUTAMANYA MAZLAN BIN MUHAMMAD ZAIN TIDAK PERNAH MEMBERI TESTIMONI KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MELARISKAN PRODUK/PROGRAM MEREKA. HARAP MAKLUM!!
bilamana perasaan 'tahu' menguasai diri..kebenaran hanya sekadar diruang lingkup 'pengetahuan' yang ada..

bilamana diri mengaku 'tahu', mana mungkin ada pengetahuan selain dari apa yg diri tahu..

bilamana diri tak tahu dia tak tahu, mana mungkin diri tahu apa yang dia tak tahu

tatkala diri tahu dia sebenarnya tak tahu, baru lah bergerak dalam pengetahuan yang maha tahu
mazlan
Hati.. Semua orang bercakap mengenai hati.. Keras hati, sakit hati, susah hati, sesal hati.. Apa sebenarnya hati? Apakah hati tu seperti yang ada direstoran ataupun digerai-gerai makan dalam pelbagai rasa masakan? Apakah hati tu hanya sekadar segumpal darah yang beku?

Bila disebut keras hati, susah hati, sakit hati.. apakah segumpal darah beku yg ada didalam badan kita yang keras/sakit/susah? Sudah tentu bukan, sebab kita yang sakit/perit..kita yang penasaran..jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘HATI’?

Apa yang menyebabkan ‘hati’ menjadi keras? Pernah ke kita terfikir dengan makan berlebihan boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’. Pernah ke terlintas bahawa pujian/sanjungan boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’. Pernah ke terdetik disanubari bahawa dengan banyak meminta boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’? Siapakah kita untuk meminta rezeki yang telah dijanjikan Allah yang maha memberi? Siapakah kita untuk meminta ganjaran pahala/syurga dari Allah? Siapakah kita untuk meminta orang yang kita suka untuk menjadi jodoh kita sedangkan jodoh telah ditetapkan? Dan yang paling utama, siapakah kita untuk meminta umur yang panjang sedangkan maut telah ditetapkan?

Kata orang, usaha mesti ada. Tapi usaha macam mana yang perlu ada? Usahalah untuk lembutkan ‘hati’.. Usahalah untuk ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas kepada Rasulullah dan terutamanya kepada Allah.. Usahalah untuk yakin yang sebenar-benarnya yakin kepada Rasulullah dan terutamanya Allah. Pernahkah kita terfikir bahawa kita telah membelakangi Rasulullah SAW dengan meminta kepada Allah? Sedarkah kita dengan sombongnya meminta kasih Allah dengan membelakangi Kekasih Allah? Takutlah kita kepada Allah..rindu/kasih lah kita kepada Rasulullah SAW, bukannya pada yang lain.. TAPI inilah yang paling susah untuk kita lakukan sebab kita masih mahukan apa yang kita mahu. Kita lupa bahawa semuanya telah ditentukan dan kita akan dapat yang TERBAIK sekiranya kita ikhlas & yakin kepada Allah dan Rasulnya..

Lembutkan lah hati dengan ikhlas & yakin kepada Allah dan Rasul. Rendahkan lah diri kita dengan bersujud kepadaNya, bukannya meninggikan diri kita dengan meminta apa yang telah dijanjikan kepada kita oleh Allah.. Sesungguhnya Allah & Rasul tidak pernah berdusta dan memungkiri apa yang telah dijanjikan.

Renung-renungkan lah..

Labels: , , edit post
0 Responses