Di Holistic Mind Solution, Mind Therapy merupakan gabungan kaedah Hypnotherapy dan Energy Therapy. Kaedah Mind Therapy ini telah banyak membantu ramai orang yang memerlukan.

Ramai yang beranggapan bahawa ‘minda’ hanyalah sekadar fikiran sahaja. Tetapi maksud ‘minda’ sebenarnya adalah jauh lebih luas. Ia meliputi fikiran, jiwa dan raga manusia. Inipun cuma sebahagian kecil dari ‘minda mikro’. Perlu diingat bahawa ‘minda mikro’ adalah saling berhubungan dengan ‘minda makro’ iaitu sistem yang telah sedia ujud di alam semesta ini.
Jadi, apa jua yang berlaku didalam lingkungan ‘minda mikro’ adalah pengaruh dari ‘minda makro’ dan sebaliknya. Apa yang terjadi kepada kita bukanlah suatu kebetulan ataupun tanpa sengaja. Ia adalah dari permintaan kita samada disedari ataupun tidak.
Melalui kaedah Mind Therapy ini, kebanyakan masalah samada diselesaikan ataupun diringankan. Mind Therapy amat sesuai untuk mengatasi masalah :
- Tekanan (stress) ditempat kerja dan juga dirumah
- Gugup serta gemuruh
- Pelupa/kurang daya memori
- Kesugulan (depression)
- Trauma
- Fobia
- Serta berbagai masalah kejiwaan/kerohanian
Tanpa penggunaan ubatan yang diragukan ataupun ubatan yang mengandungi unsur dadah. Tiada kesan sampingan yang negatif. Kaedah Mind Therapy dilakukan hanya secara langsung sahaja.
Mind Therapy biasanya dilakukan dalam 3 sesi, dimana jarak diantara setiap satu sesi dengan sesi yang berikutnya hendaklah TIDAK lebih dari 4 minggu.