Holistic SELF Development (HSD) merupakan satu program pembangunan DIRI secara total dan menyeluruh. Apa yang terkandung di dalam program HSD ini bukan sesuatu yang baru TAPI semua ini telah lama ujud dan digunakan oleh semua orang didunia ini melalui kaedah masing yang tersendiri. Ini bermaksud bahawa HSD bukanlah terbit daripada mana-mana ritual mistis, mimpi, perjalanan kebatinan (kembara minda) mahupun proses meditasi.
HSD merupakan gabungan kaedah-kaedah paling mudah dan ringkas yang telah pun didokumentasikan oleh para pengkaji minda dan pembangunan diri diseluruh dunia. Program HSD ini meliputi Program latihan tenaga fizikal (Energy Work), Program latihan tenaga minda (Mind Work) dan Program latihan pemantapan diri (Self Empowerment System). Jadi HSD boleh dikatakan program 3 dalam 1 yang meliputi program pembangunan diri fizikal, minda(mental) dan jiwa/semangat diri (spirit).
Antara latihan yang akan dibimbing adalah :
- Basic Stretching – untuk menghilangkan stress
- Basic Momentum Walks – untuk pemusatan tenaga
- Latihan Penyaluran Tenaga
- Latihan Penyeimbangan Tenaga
- Aplikasi Tenaga Esoterik – penggunaan dan perawatan diri serta orang lain
- Latihan Intuisi Asas
- Pancaran Mental
- Teknik Pemusatan ‘Mata Ketiga’
- Latihan Konsentrasi Psikik
- Latihan Asas Saranan Diri
- Latihan Kepekaan
- Latihan Ketenangan Total
Dan banyak lagi... Setiap peserta akan diberi BONUS :
- Pembangkitan Tenaga Diri & Penyelarasan Tenaga Alam
- Sesi Pemantapan Berkumpulan
Di akhir hari kedua program, para peserta akan diuji dari segi kekuatan minda dan juga jiwa/semangat diri.