ATTENTION!!

PIHAK HOLISTIC MIND SOLUTION TERUTAMANYA MAZLAN BIN MUHAMMAD ZAIN TIDAK PERNAH MEMBERI TESTIMONI KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MELARISKAN PRODUK/PROGRAM MEREKA. HARAP MAKLUM!!
bilamana perasaan 'tahu' menguasai diri..kebenaran hanya sekadar diruang lingkup 'pengetahuan' yang ada..

bilamana diri mengaku 'tahu', mana mungkin ada pengetahuan selain dari apa yg diri tahu..

bilamana diri tak tahu dia tak tahu, mana mungkin diri tahu apa yang dia tak tahu

tatkala diri tahu dia sebenarnya tak tahu, baru lah bergerak dalam pengetahuan yang maha tahu
mazlan
Hati.. Semua orang bercakap mengenai hati.. Keras hati, sakit hati, susah hati, sesal hati.. Apa sebenarnya hati? Apakah hati tu seperti yang ada direstoran ataupun digerai-gerai makan dalam pelbagai rasa masakan? Apakah hati tu hanya sekadar segumpal darah yang beku?

Bila disebut keras hati, susah hati, sakit hati.. apakah segumpal darah beku yg ada didalam badan kita yang keras/sakit/susah? Sudah tentu bukan, sebab kita yang sakit/perit..kita yang penasaran..jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘HATI’?

Apa yang menyebabkan ‘hati’ menjadi keras? Pernah ke kita terfikir dengan makan berlebihan boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’. Pernah ke terlintas bahawa pujian/sanjungan boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’. Pernah ke terdetik disanubari bahawa dengan banyak meminta boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’? Siapakah kita untuk meminta rezeki yang telah dijanjikan Allah yang maha memberi? Siapakah kita untuk meminta ganjaran pahala/syurga dari Allah? Siapakah kita untuk meminta orang yang kita suka untuk menjadi jodoh kita sedangkan jodoh telah ditetapkan? Dan yang paling utama, siapakah kita untuk meminta umur yang panjang sedangkan maut telah ditetapkan?

Kata orang, usaha mesti ada. Tapi usaha macam mana yang perlu ada? Usahalah untuk lembutkan ‘hati’.. Usahalah untuk ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas kepada Rasulullah dan terutamanya kepada Allah.. Usahalah untuk yakin yang sebenar-benarnya yakin kepada Rasulullah dan terutamanya Allah. Pernahkah kita terfikir bahawa kita telah membelakangi Rasulullah SAW dengan meminta kepada Allah? Sedarkah kita dengan sombongnya meminta kasih Allah dengan membelakangi Kekasih Allah? Takutlah kita kepada Allah..rindu/kasih lah kita kepada Rasulullah SAW, bukannya pada yang lain.. TAPI inilah yang paling susah untuk kita lakukan sebab kita masih mahukan apa yang kita mahu. Kita lupa bahawa semuanya telah ditentukan dan kita akan dapat yang TERBAIK sekiranya kita ikhlas & yakin kepada Allah dan Rasulnya..

Lembutkan lah hati dengan ikhlas & yakin kepada Allah dan Rasul. Rendahkan lah diri kita dengan bersujud kepadaNya, bukannya meninggikan diri kita dengan meminta apa yang telah dijanjikan kepada kita oleh Allah.. Sesungguhnya Allah & Rasul tidak pernah berdusta dan memungkiri apa yang telah dijanjikan.

Renung-renungkan lah..

Labels: , , 0 comments | edit post
mazlan
lalaikah kita? cuaikah kita? bila..
tanda demi tanda ditunjuk
tanda demi tanda terlepas

gerunkah kita? takutkah kita? bila..
peringatan demi peringatan diberi
peringatan tinggal hanya sekadar sebutan

bangkitkah kita? ikutkah kita? bila..
seruan demi seruan dilaungkan
seruan bertukar menjadi hanya desiran

teguhkah kita? tegakkah kita? bila..
dugaan demi dugaan diuji
yang keluar hanya keluhan diri

yakinkah kita? percayakah kita? bila..
bukti demi bukti dipinta
tapi mulut dan hati tidak sekata

tapi diri tidak pernah mahu mengaku
mengaku pun atas kerana sesuatu
namun mengaku atau tidak
berubah atau tidak
bangun atau tidak
teguh atau tidak
takut atau tidak
yakin atau tidak
detik itu tetap berlalu
tidak pernah akan menunggu
Labels: , , 0 comments | edit post
mazlan
Khutbah jumaat hari ni berkenaan dgn Islam yg asalnya 'dagang', akan kembali 'dagang' di akhir zaman.. mungkin hadis Rasul SAW ini selalu kita dengar & baca, tapi adakah ia memberi apa2 maksud kepada kita? 'dagang' disini bermaksud asing/terpinggir.. sebagaimana awalnya, Islam dipinggirkan oleh manusia, diakhir zaman Islam lagi sekali akan menjadi asing a.k.a terpinggir.. Bezanya di waktu awal, Islam asing bagi golongan yang telah lalai dari jalan agama Allah yg telah dibawa oleh rasul2 sebelumnya, tapi diakhir zaman, Islam dipinggirkan oleh mereka yg lahir didalam keluarga Islam itu sendiri.

Bagaimana ini terjadi? kenapa Islam dipinggirkan oleh orang2 yg mengaku Islam itu sendiri? ini menunjukkan betapa kita sekarang terlalu jauh meninggalkan apa yg telah diajar/ditunjukkan oleh baginda Rasul SAW.. jika kita meninggalkan apa yg diajar oleh Rasul SAW, maka apa yg telah kita amalkan selama ni? Apa yg telah kita ikut? Adakah kita benar2 takutkan Allah seperti yg diajar oleh Rasul SAW? atau kita masih sibuk mahu menjadi kekasih Allah? Adakah kita kasih kepada Rasul SAW sebagaimana sahabat2 awalnya mengasihi baginda? Kita terlalu jauh membelakangi Rasulullah SAW.. tak sampai 5 minit mengucap syahadah, kita dah pun membelakangi Rasul SAW samada sedar ataupun tidak.. bagaimana yg dikatakan membelakangi Rasul SAW?? kita jarang sekali ataupun tidak pernah meminta kasih/syafaat Rasul SAW.. yg kita selalu mintak adalah harta, umur yg panjang serta syurga.. ini lah skema doa setiap hari..

Sedar atau tidak, tahu atau tidak, kita cuma mahukan 'rahman' Allah sahaja tanpa menghiraukan 'rahim' Nya.. 'Rahman' Allah adalah untuk setiap makhluk/hambaNya.. tetapi 'Rahman & Rahim' Allah hanyalah untuk hambaNya yg tidak membelakangi/meninggalkan Rasul SAW.. sekiranya kita masih meninggalkan Rasul SAW, bermakna tidaklah lengkap kalimah 'Bismillah......', & sekiranya kalimah 'Bismillah....' tak lengkap.. manakan lengkap 'Al-Fatihah' yg menjadi 'Jalan Pulang' seperti yg ditunjukkan oleh Rasul SAW..

Kita telah hampir kepada penghujung tahun & kita akan memulakan tahun yg baru.. tapi adakah kita bersedia? apakah kita mahu kembali kepada Jalan yg telah dibawa oleh Rasulullah SAW? Adakah kita masih meminggirkan Islam? atau adakah kita memperdagangkan Islam sebagaimana kita menjual ayat2 suci Al-Quran? menjual dalam ertikata menggunakan ayat2 quran sebagaimana alat untuk menghalalkan kemahuan/kehendak nafsu kita.. samada utk mendapat pangkat, harta serta sanjungan dari orang ramai..
Labels: , , 0 comments | edit post