ATTENTION!!

PIHAK HOLISTIC MIND SOLUTION TERUTAMANYA MAZLAN BIN MUHAMMAD ZAIN TIDAK PERNAH MEMBERI TESTIMONI KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MELARISKAN PRODUK/PROGRAM MEREKA. HARAP MAKLUM!!
bilamana perasaan 'tahu' menguasai diri..kebenaran hanya sekadar diruang lingkup 'pengetahuan' yang ada..

bilamana diri mengaku 'tahu', mana mungkin ada pengetahuan selain dari apa yg diri tahu..

bilamana diri tak tahu dia tak tahu, mana mungkin diri tahu apa yang dia tak tahu

tatkala diri tahu dia sebenarnya tak tahu, baru lah bergerak dalam pengetahuan yang maha tahu
HMS
Hmmm... lama sungguh tak menulis kat blog ni.. seakan takde masa utk menulis  ataupun  dah terkena sumpah 'DEMI MASA'... tp khutbah jumaat minggu lepas, buatkan hati ni rasa nk menulis balik... 

Kejadian serangan rejim Israel ke atas kapal misi kemanusiaan baru2 ni telah membuka mata ramai orang yg bernama manusia.. sejak dari itu tak henti2 kutukan serta makian keatas puak2 rejim yg dikatakan ganas & tak berperikemanusiaan. Ada yg berpiket, ada yg berarak, ada yg menulis, ada yg berucap dgn hanya satu tujuan iaitu mengutuk keganasan yg telah dilakukan.. Ada gak yg mengajak utk memboikot segala barangan buatan Israel serta sekutu2nya.. 

Dari satu segi - kemanusiaan... alhamdulillah, mata dunia sudah terbangkit.. semua org yg bernama manusia bangkit bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama serta fahaman politik..bangkit bersama-sama mengutuk kekejaman rejim zionis ni.. sampai ada yg sanggup pergi berjihad utk mendapatkan syahid dibumi Palestin ni.. 

TAPI adakah pernah terfikir kenapa bumi Palestin amat teruk dianiayai serta dizalimi? Adakah pernah terfikir yg sejak dari dulu lagi rakyat Palestin asyik ditindas, dibunuh, diperkosa dan perkara ini berulang-ulang sehingga ke hari ni.. Apakah pernah terfikir kekuatan rakyat Palestin yg 'berjihad' cuma bergantung kepada batu-batuan? sedangkan pihak rejim siap dgn bom fosforus.. Adakah ini cara yg diajar oleh Rasul SAW??

Pernahkah terfikir walau sejenak kenapa Rasul SAW serta para sahabat berhijrah ke Madinah kemudian kembali ke Mekah? Pernahkah terfikir utk mengikut sunnah Rasul SAW yg satu ni, 'berhijrah & kembali'?? kenapa masih membiarkan diri dihenyak, dipijak? kemana perginya pemikiran yg waras utk melawan peluru dgn anak2 batu? Mungkin ada yg akan kata saya ni tak yakin dgn KUASA Allah.. tp pernahkah terfikir tentang dalil bahawa Allah tidak akan mengubah suatu kaum tu sekiranya mereka tak berubah?? dari dulu sampai lah sekarang ni, cara serta kejadian di bumi Palestin tidak pernah berubah..

Sanggupkah rakyat Palestin mengikut sunnah Rasul SAW, berhijrah keluar dari bumi Palestin..berhijrah dengan tujuan mengumpul kekuatan dari segala sudut..ekonomi, senjata serta kekuatan tentera?? Sanggupkah mereka mengikut apa yg ditunjukkan oleh Rasul SAW semasa berhijrah ke Madinah? dengan meninggalkan segalanya diMekah, mengumpul kekuatan baru diMadinah..dan setelah cukup kelengkapan serta kekuatan, Rasul SAW serta para sahabat kembali menawan Mekah..

Satu sirah yg tinggal cuma cerita yg diceritakan..tanpa ada yg mengambil pengajaran disebalik sirah tersebut.. jadi...ADAKAH PERNAH TERFIKIR???

mazlan
Hati.. Semua orang bercakap mengenai hati.. Keras hati, sakit hati, susah hati, sesal hati.. Apa sebenarnya hati? Apakah hati tu seperti yang ada direstoran ataupun digerai-gerai makan dalam pelbagai rasa masakan? Apakah hati tu hanya sekadar segumpal darah yang beku?

Bila disebut keras hati, susah hati, sakit hati.. apakah segumpal darah beku yg ada didalam badan kita yang keras/sakit/susah? Sudah tentu bukan, sebab kita yang sakit/perit..kita yang penasaran..jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘HATI’?

Apa yang menyebabkan ‘hati’ menjadi keras? Pernah ke kita terfikir dengan makan berlebihan boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’. Pernah ke terlintas bahawa pujian/sanjungan boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’. Pernah ke terdetik disanubari bahawa dengan banyak meminta boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’? Siapakah kita untuk meminta rezeki yang telah dijanjikan Allah yang maha memberi? Siapakah kita untuk meminta ganjaran pahala/syurga dari Allah? Siapakah kita untuk meminta orang yang kita suka untuk menjadi jodoh kita sedangkan jodoh telah ditetapkan? Dan yang paling utama, siapakah kita untuk meminta umur yang panjang sedangkan maut telah ditetapkan?

Kata orang, usaha mesti ada. Tapi usaha macam mana yang perlu ada? Usahalah untuk lembutkan ‘hati’.. Usahalah untuk ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas kepada Rasulullah dan terutamanya kepada Allah.. Usahalah untuk yakin yang sebenar-benarnya yakin kepada Rasulullah dan terutamanya Allah. Pernahkah kita terfikir bahawa kita telah membelakangi Rasulullah SAW dengan meminta kepada Allah? Sedarkah kita dengan sombongnya meminta kasih Allah dengan membelakangi Kekasih Allah? Takutlah kita kepada Allah..rindu/kasih lah kita kepada Rasulullah SAW, bukannya pada yang lain.. TAPI inilah yang paling susah untuk kita lakukan sebab kita masih mahukan apa yang kita mahu. Kita lupa bahawa semuanya telah ditentukan dan kita akan dapat yang TERBAIK sekiranya kita ikhlas & yakin kepada Allah dan Rasulnya..

Lembutkan lah hati dengan ikhlas & yakin kepada Allah dan Rasul. Rendahkan lah diri kita dengan bersujud kepadaNya, bukannya meninggikan diri kita dengan meminta apa yang telah dijanjikan kepada kita oleh Allah.. Sesungguhnya Allah & Rasul tidak pernah berdusta dan memungkiri apa yang telah dijanjikan.

Renung-renungkan lah..

Labels: , , 0 comments | edit post