ATTENTION!!

PIHAK HOLISTIC MIND SOLUTION TERUTAMANYA MAZLAN BIN MUHAMMAD ZAIN TIDAK PERNAH MEMBERI TESTIMONI KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MELARISKAN PRODUK/PROGRAM MEREKA. HARAP MAKLUM!!
bilamana perasaan 'tahu' menguasai diri..kebenaran hanya sekadar diruang lingkup 'pengetahuan' yang ada..

bilamana diri mengaku 'tahu', mana mungkin ada pengetahuan selain dari apa yg diri tahu..

bilamana diri tak tahu dia tak tahu, mana mungkin diri tahu apa yang dia tak tahu

tatkala diri tahu dia sebenarnya tak tahu, baru lah bergerak dalam pengetahuan yang maha tahu
Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts
HMS

Isu ni telah diutarakan oleh khatib masa khutbah jumaat dalam 2 minggu lepas. Jika dizaman Rasulullah SAW, golongan penyembah berhala ini menyembah berhala yang berbentuk patung-patung dewa/tuhan tertentu. Jadi golongan penyembah berhala dahulu secara jelasnya menunjukkan aktiviti penyembahan mereka yang sememangnya jauh bersalahan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Aktiviti penyembahan ini adalah kerana mengikut perbuatan yang dilakukan turun-temurun diwarisi dari kedua orang tua yang mana diwarisi dari kedua orang tua mereka dan seterusnya. Ini adalah kerana sifat manusia yang sememangnya dari dulu sehingga sekarang mencari serta mengkaji kewujudan Pencipta. Dengan kaedah akal mereka membentuk tuhan mereka dari apa yang boleh difahami.


Dizaman sekarang ni yang canggih dengan segala teknologi, manusia tetap dengan sifat yang satu, iaitu masih tercari-cari siapakah Pencipta. Atau dengan kata lain, manusia masih tercari-cari siapa/apa yang disebut sebagai TUHAN. Dengan kemajuan akal/minda, manusia sekarang tidak lagi menyembah patung-patung TAPI manusia lebih kepada menyembah ‘berhala’ yang berupa sesuatu ideologi/fahaman. Keadaan ini amat berbeza dari penyembahan berhala zaman dahulukala. Dan penyembahan berhala kini lebih halus dan tersusun. Keadaan ini lah yang berlaku setelah datangnya zaman fitnah iaitu zaman dimana ‘pembersihan’ ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW dilakukan secara besar-besaran. Dimana pembunuhan demi pembunuhan dilakukan bermula dari pembunuhan Saidina Ali ra, Saidina Husin ra...atas alasan tidak mahu adanya perpecahan dikalangan umat islam.


Hal ini tidak lari dalam perjalanan mengenal Allah. Ada golongan yang telah secara sedar ataupun tidak sedar ‘membentuk’ Allah yang maha ghaib lagi tiada berbentuk. Daripada jalan mengenal kekuasaan Allah yang Esa, telah menjadi jalan mencari tuhan yang bernama Allah. Nauzubillah…. Hingga terbitnya bermacam-macam terminologi yang sukar difahami atas alasan rahsia..berbagai perguruan serta pengajian yang kononnya mengajar erti hakikat serta mendapat makrifat kepada Allah. Bermacam-macam pengakuan yang telah terlafaz, sehinggakan ada yang mengaku diri adalah tuhan. Dan ada yang telah mengaku diri adalah Allah. Nauzubillah….

Sesungguhnya kekuasaan Allah zahir dan nyata. Kasihnya rasulullah saw kepada umat baginda juga jelas dan nyata. Tiada rahsia, tiada teka-teki bagi mereka yang mahu memahami. Yang tersurat itu lah yang tersirat. ‘Allah itu Esa, Allah itu tiada(maha ghaib), Allah itu tidak berbentuk dan tidak membentuk, Allah itu maha ada & maha kekal’. Jangan sesekali kita membentuk Allah, kerana sekiranya kita membentuk Allah, maknanya kita telah membentuk berhala, dan itulah yang kita sembah. Nauzubillah….


Jadi persoalannya sekarang…adakah kita termasuk didalam golongan yang menyembah berhala???


Renung-renungkan lah…

HMS
Ajaran sesat..ilmu sesat..website sesat..orang itu sesat...orang ini sesat..abis semuanya sesat. Jadi yang mana satu yang tidak sesat?

Apa skala yang mengatakan kita tidak sesat? Apa pengesahannya bahawa kita tidak sesat? Sebab kita mengaku mengikut jalan Ahli Sunnah? Sebab kita pakai kopiah, serban, jubah, purdah?? Sebab bila bercakap/menulis kita selalu copy & paste ayat-ayat dari Al-Quran??

Apa pula skala yang jatuh kepada sesat? Yang terang-terangan menolak dalil Quran & Hadis tu takyah citer le...Apakah sebab mereka ini tahu sesuatu yang lebih dari kita dan tak pernah kita tahu, kita terus labelkan golongan itu sesat? Apakah sebab cara berpakaian moden, kita boleh kata orang itu sesat? Apakah dengan alasan sesuatu perkara itu takde dizaman Rasulullah SAW, maka perkara itu sesat?

Apa pegangan kita? Adakah kita tahu apa pegangan orang lain? Andainya kita menilai dari segi luaran...yang tersesat adalah kita. Ramai orang gunakan alasan ’zaman Rasulullah dulu takde benda ni semua..’ Komputer, internet, kereta, telefon pun takde dizaman tu..Guna kristal sesat..Batu cincin camana lak?? Apakah disebabkan nama dalam bahasa Agate – Akek, Jade-Zamrud menjadi satu kesalahan?

Ada 73 jalan...yang sampai hanya 1 jalan...jalan yang mana? Jalan Ahli Sunnah?? Kalau tersilap sikit terus jadi Jabariah...Jadi jalan yang mana satu? Dalam surah Al-Fatihah ada sebut...’JALAN YANG LURUS’..

Semoga kita semua mendapat jalan tersebut...Amin
HMS

Pernahkah kita bersyukur? Bersyukur dalam ertikata yang sebenar-benarnya bersyukur? Kiranya pernah bersyukur, panjatkan lah rasa syukur..pada yang tidak lupa, teruskan rasa syukur tersebut. Kepada yang terlupa, mulai lah SEKARANG!!!!

Sebelum itu..terima kasih tak terhingga kepada Rabbul Jalil atas ‘kudrat’ ini. Juga kepada Rasulullah SAW yang telah mendoakan kita semua sesuai dengan kasih baginda kepada seluruh umatnya. Juga kepada sifu-sifu yang membimbing hingga sampai ke tahap ini..terima kasih kepada kedua ibu bapa kerana tanpa mereka kita tak wujud didunia ini, juga kepada keluarga yang masih tidak faham apa anak yang seorang ini cuba lakukan..kepada sahabat dan juga kawan, tidak lupa juga kepada yang mungkin pernah berkawan..terima kasih juga kepada yang menyokong dan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang tidak menyokong..terima kasih kepada diri ini yang masih belum menutup peluang untuk meneruskan langkah-langkah seterusnya..terima kasih kepada rezeki yang bertali arus..terima kasih kepada ilmu kerana menyuluh jalan untuk melangkah..terima kasih kepada godaan, kerana tanpanya belum tentu kita kuat..terima kasih kepada hikmat dah hikmah iaitu akal dan fikiran yang senantiasa membantu diri ini..terima kasih kepada kesalahan kerana memberitahu tentang kebenaran.. terima kasih juga kepada ego kerana tanpanya kita mungkin tidak melangkah sekarang ini..terima kasih kepada kesakitan kerana mengingatkan diri supaya bersyukur dengan kesihatan..terima kasih kepada peluang kerana tidak jemu-jemu datang..terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada anda semua kerana berkongsi tenaga dan pemikiran ke arah terhasilnya posting ini. Terima kasih tak terhingga kepada isteri berterusan bersabar dengan segala dugaan dan kepada anak-anak yang belum mengerti TAPI telah mengajar abah maksud syukur..

Itu cuma sebahagian dari pernyataan syukur dan terima kasih yang ada..kepada yang terlupa, mulakan lah SEKARANG…dan pada yang kurang, tambah-tambah lah…dan pada yang ingat sentiasa, teruskan perbuatan hebat yang seperti tidak seberapa ini..