ATTENTION!!

PIHAK HOLISTIC MIND SOLUTION TERUTAMANYA MAZLAN BIN MUHAMMAD ZAIN TIDAK PERNAH MEMBERI TESTIMONI KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MELARISKAN PRODUK/PROGRAM MEREKA. HARAP MAKLUM!!
bilamana perasaan 'tahu' menguasai diri..kebenaran hanya sekadar diruang lingkup 'pengetahuan' yang ada..

bilamana diri mengaku 'tahu', mana mungkin ada pengetahuan selain dari apa yg diri tahu..

bilamana diri tak tahu dia tak tahu, mana mungkin diri tahu apa yang dia tak tahu

tatkala diri tahu dia sebenarnya tak tahu, baru lah bergerak dalam pengetahuan yang maha tahu
Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts
mazlan
Hati.. Semua orang bercakap mengenai hati.. Keras hati, sakit hati, susah hati, sesal hati.. Apa sebenarnya hati? Apakah hati tu seperti yang ada direstoran ataupun digerai-gerai makan dalam pelbagai rasa masakan? Apakah hati tu hanya sekadar segumpal darah yang beku?

Bila disebut keras hati, susah hati, sakit hati.. apakah segumpal darah beku yg ada didalam badan kita yang keras/sakit/susah? Sudah tentu bukan, sebab kita yang sakit/perit..kita yang penasaran..jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘HATI’?

Apa yang menyebabkan ‘hati’ menjadi keras? Pernah ke kita terfikir dengan makan berlebihan boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’. Pernah ke terlintas bahawa pujian/sanjungan boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’. Pernah ke terdetik disanubari bahawa dengan banyak meminta boleh menyebabkan kerasnya ‘hati’? Siapakah kita untuk meminta rezeki yang telah dijanjikan Allah yang maha memberi? Siapakah kita untuk meminta ganjaran pahala/syurga dari Allah? Siapakah kita untuk meminta orang yang kita suka untuk menjadi jodoh kita sedangkan jodoh telah ditetapkan? Dan yang paling utama, siapakah kita untuk meminta umur yang panjang sedangkan maut telah ditetapkan?

Kata orang, usaha mesti ada. Tapi usaha macam mana yang perlu ada? Usahalah untuk lembutkan ‘hati’.. Usahalah untuk ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas kepada Rasulullah dan terutamanya kepada Allah.. Usahalah untuk yakin yang sebenar-benarnya yakin kepada Rasulullah dan terutamanya Allah. Pernahkah kita terfikir bahawa kita telah membelakangi Rasulullah SAW dengan meminta kepada Allah? Sedarkah kita dengan sombongnya meminta kasih Allah dengan membelakangi Kekasih Allah? Takutlah kita kepada Allah..rindu/kasih lah kita kepada Rasulullah SAW, bukannya pada yang lain.. TAPI inilah yang paling susah untuk kita lakukan sebab kita masih mahukan apa yang kita mahu. Kita lupa bahawa semuanya telah ditentukan dan kita akan dapat yang TERBAIK sekiranya kita ikhlas & yakin kepada Allah dan Rasulnya..

Lembutkan lah hati dengan ikhlas & yakin kepada Allah dan Rasul. Rendahkan lah diri kita dengan bersujud kepadaNya, bukannya meninggikan diri kita dengan meminta apa yang telah dijanjikan kepada kita oleh Allah.. Sesungguhnya Allah & Rasul tidak pernah berdusta dan memungkiri apa yang telah dijanjikan.

Renung-renungkan lah..

Labels: , , 0 comments | edit post
mazlan
lalaikah kita? cuaikah kita? bila..
tanda demi tanda ditunjuk
tanda demi tanda terlepas

gerunkah kita? takutkah kita? bila..
peringatan demi peringatan diberi
peringatan tinggal hanya sekadar sebutan

bangkitkah kita? ikutkah kita? bila..
seruan demi seruan dilaungkan
seruan bertukar menjadi hanya desiran

teguhkah kita? tegakkah kita? bila..
dugaan demi dugaan diuji
yang keluar hanya keluhan diri

yakinkah kita? percayakah kita? bila..
bukti demi bukti dipinta
tapi mulut dan hati tidak sekata

tapi diri tidak pernah mahu mengaku
mengaku pun atas kerana sesuatu
namun mengaku atau tidak
berubah atau tidak
bangun atau tidak
teguh atau tidak
takut atau tidak
yakin atau tidak
detik itu tetap berlalu
tidak pernah akan menunggu
Labels: , , 0 comments | edit post
mazlan
Khutbah jumaat hari ni berkenaan dgn Islam yg asalnya 'dagang', akan kembali 'dagang' di akhir zaman.. mungkin hadis Rasul SAW ini selalu kita dengar & baca, tapi adakah ia memberi apa2 maksud kepada kita? 'dagang' disini bermaksud asing/terpinggir.. sebagaimana awalnya, Islam dipinggirkan oleh manusia, diakhir zaman Islam lagi sekali akan menjadi asing a.k.a terpinggir.. Bezanya di waktu awal, Islam asing bagi golongan yang telah lalai dari jalan agama Allah yg telah dibawa oleh rasul2 sebelumnya, tapi diakhir zaman, Islam dipinggirkan oleh mereka yg lahir didalam keluarga Islam itu sendiri.

Bagaimana ini terjadi? kenapa Islam dipinggirkan oleh orang2 yg mengaku Islam itu sendiri? ini menunjukkan betapa kita sekarang terlalu jauh meninggalkan apa yg telah diajar/ditunjukkan oleh baginda Rasul SAW.. jika kita meninggalkan apa yg diajar oleh Rasul SAW, maka apa yg telah kita amalkan selama ni? Apa yg telah kita ikut? Adakah kita benar2 takutkan Allah seperti yg diajar oleh Rasul SAW? atau kita masih sibuk mahu menjadi kekasih Allah? Adakah kita kasih kepada Rasul SAW sebagaimana sahabat2 awalnya mengasihi baginda? Kita terlalu jauh membelakangi Rasulullah SAW.. tak sampai 5 minit mengucap syahadah, kita dah pun membelakangi Rasul SAW samada sedar ataupun tidak.. bagaimana yg dikatakan membelakangi Rasul SAW?? kita jarang sekali ataupun tidak pernah meminta kasih/syafaat Rasul SAW.. yg kita selalu mintak adalah harta, umur yg panjang serta syurga.. ini lah skema doa setiap hari..

Sedar atau tidak, tahu atau tidak, kita cuma mahukan 'rahman' Allah sahaja tanpa menghiraukan 'rahim' Nya.. 'Rahman' Allah adalah untuk setiap makhluk/hambaNya.. tetapi 'Rahman & Rahim' Allah hanyalah untuk hambaNya yg tidak membelakangi/meninggalkan Rasul SAW.. sekiranya kita masih meninggalkan Rasul SAW, bermakna tidaklah lengkap kalimah 'Bismillah......', & sekiranya kalimah 'Bismillah....' tak lengkap.. manakan lengkap 'Al-Fatihah' yg menjadi 'Jalan Pulang' seperti yg ditunjukkan oleh Rasul SAW..

Kita telah hampir kepada penghujung tahun & kita akan memulakan tahun yg baru.. tapi adakah kita bersedia? apakah kita mahu kembali kepada Jalan yg telah dibawa oleh Rasulullah SAW? Adakah kita masih meminggirkan Islam? atau adakah kita memperdagangkan Islam sebagaimana kita menjual ayat2 suci Al-Quran? menjual dalam ertikata menggunakan ayat2 quran sebagaimana alat untuk menghalalkan kemahuan/kehendak nafsu kita.. samada utk mendapat pangkat, harta serta sanjungan dari orang ramai..
Labels: , , 0 comments | edit post
HMS

Hmm..suatu dilemma yang dihadapi oleh hampir semua makhluk yang bernama manusia.. terutama pada mereka yang berasa diri terlalu mulia untuk menyakiti hati orang lain walaupun tega untuk tidak berlaku jujur kepada orang yang tersebut dengan alasan untuk menjaga hati.


Kebenaran adalah pahit untuk ditelan tapi ia tetap merupakan ubat yang paling mujarab untuk setiap manusia. Muliakah kita dengan tidak menyatakan kebenaran sekadar untuk menjaga hati? Agungkah kita dengan ketidak-jujuran hati sendiri? Hebatkah kita sekiranya dapat menjaga hati orang lain? Namun, kebenaran tetaplah kebenaran. Lambat laun terbongkar juga. Setelah kebenaran terserlah, mampukah kita untuk menjaga hati lagi? Kemana perginya kemuliaan? Kemana perginya kehebatan? Dan kemana perginya keagungan diri?


Sejujur mana diri kita? Sejauh manakah kita jujur kepada orang lain? Sedalam mana pula kejujuran kita kepada diri sendiri? Apakah skala yang ada untuk mengukur sesuatu kejujuran? Apakah pula skala yang ada untuk mengukur suatu kebenaran? Senyata mana kenyataan yang kita terima? Apakah pula skala untuk mengukur nyatanya suatu kenyataan? Benarkah ia adalah kenyataan/realiti atau cuma sekadar fantasi demi memenuhi kenyataan diri sendiri? Benarkah kita hidup di alam realiti sedangkan kita tak pernah habis untuk berfantasi?

Sedar atau tidak, ramai diantara kita yang memilih untuk hidup di alam fantasi. Meninggalkan realiti hanya sekadar untuk memenuhi kepuasan fantasi sendiri. Menolak kejujuran demi kononnya menjaga hati. Teringat kata-kata seorang rakan, “we’re not that great to be that humble”.


Apakah penting untuk menjaga hati? Apakah menjaga hati itu terlebih penting dari kebenaran & kejujuran? Apakah benar kita menjaga hati orang lain? Ataupun sekadar melakonkan watak-watak didalam Hikayat Seloka? Sejujur manakah hati kita untuk menjaga hati orang? Sehebat manakah kita untuk menjaga hati orang? Seagung manakah kita untuk menutup kebenaran?


Renung-renungkan lah…

Labels: , 0 comments | edit post
HMS

Perkataan ni asyik mengetuk fikiran ni..Apa sebabnya??? Ntah..tak tau nak kata sebab apa. Semua orang mahukan kebenaran tapi sejauh manakah kebenaran yang dikatakan kebenaran tu? Semua orang mengaku diri benar tapi sedalam manakah kebenaran diri ni? Siapakah yang menentukan kebenaran? Kuasa manakah yang memperakui kebenaran? Alat pengukur manakah yang digunakan untuk kita mengukur tahap sebuah kebenaran??


Benarkah diri kita ni benar? Benarkah kita sekarang berada dijalan yang benar? Benarkah kita tidak tersesat? Benarkah kita ni tahu? Benarkah kita ni berilmu? Benarkah kita ni muslim yang mukmin? Atau lebih tepat, benarkah kita ni muslim???


Pernahkah terfikir bahawa kita ni sebenarnya selalu engkar? Kita ni sebenarnya selalu kufur?? Kita ni sentiasa diambang kesesatan?? Terasa marah dengan soalan2 ni??? Terasa diri benar? Terasa diri tahu?? Terasa diri muslim yang menurut segala perintah??? Benarkah kita bila kita cuba menilai perintah Allah? Contohnya perintah menutup aurat pada wanita menjadi sekadar fesyen ikutan. Benarkah kita bila kita tidak mengendahkan seruan Rasulullah SAW? Contohnya bila mengiktikadkan seruan azan itu sekadar tanda masuknya waktu solat.


Pernahkah terfikir bahawa kita ni cuma berilusi apabila berkata kita ‘tahu’? melalui apakah yang membuatkan kita mengaku kita ni tahu? Adakah melalui fikiran? Akal? Ingatan? Khayalan? Atau hati?? Fikiran senantiasa menerawang, akal mencari jalan untuk memenuhi fikiran, ingatan cuma berlegar dipengalaman lalu yang dah lepas, khayalan pula terus melompat dimensi waktu manakala hati ibarat api pelita yang terbuai ditiup angin.


Jadi apakah dia kebenaran yang sebenarnya benar? Setiap janji Allah adalah benar, setiap janji rasulullah saw adalah benar. ‘Demi masa, sesungguhnya manusia berada didalam kerugian, berpesanlah dengan kebenaran yang sebenarnya benar & berpesanlah dengan kesabaran’.


Renung-renungkan lah..

Labels: , 0 comments | edit post
HMS

Isu ni telah diutarakan oleh khatib masa khutbah jumaat dalam 2 minggu lepas. Jika dizaman Rasulullah SAW, golongan penyembah berhala ini menyembah berhala yang berbentuk patung-patung dewa/tuhan tertentu. Jadi golongan penyembah berhala dahulu secara jelasnya menunjukkan aktiviti penyembahan mereka yang sememangnya jauh bersalahan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Aktiviti penyembahan ini adalah kerana mengikut perbuatan yang dilakukan turun-temurun diwarisi dari kedua orang tua yang mana diwarisi dari kedua orang tua mereka dan seterusnya. Ini adalah kerana sifat manusia yang sememangnya dari dulu sehingga sekarang mencari serta mengkaji kewujudan Pencipta. Dengan kaedah akal mereka membentuk tuhan mereka dari apa yang boleh difahami.


Dizaman sekarang ni yang canggih dengan segala teknologi, manusia tetap dengan sifat yang satu, iaitu masih tercari-cari siapakah Pencipta. Atau dengan kata lain, manusia masih tercari-cari siapa/apa yang disebut sebagai TUHAN. Dengan kemajuan akal/minda, manusia sekarang tidak lagi menyembah patung-patung TAPI manusia lebih kepada menyembah ‘berhala’ yang berupa sesuatu ideologi/fahaman. Keadaan ini amat berbeza dari penyembahan berhala zaman dahulukala. Dan penyembahan berhala kini lebih halus dan tersusun. Keadaan ini lah yang berlaku setelah datangnya zaman fitnah iaitu zaman dimana ‘pembersihan’ ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW dilakukan secara besar-besaran. Dimana pembunuhan demi pembunuhan dilakukan bermula dari pembunuhan Saidina Ali ra, Saidina Husin ra...atas alasan tidak mahu adanya perpecahan dikalangan umat islam.


Hal ini tidak lari dalam perjalanan mengenal Allah. Ada golongan yang telah secara sedar ataupun tidak sedar ‘membentuk’ Allah yang maha ghaib lagi tiada berbentuk. Daripada jalan mengenal kekuasaan Allah yang Esa, telah menjadi jalan mencari tuhan yang bernama Allah. Nauzubillah…. Hingga terbitnya bermacam-macam terminologi yang sukar difahami atas alasan rahsia..berbagai perguruan serta pengajian yang kononnya mengajar erti hakikat serta mendapat makrifat kepada Allah. Bermacam-macam pengakuan yang telah terlafaz, sehinggakan ada yang mengaku diri adalah tuhan. Dan ada yang telah mengaku diri adalah Allah. Nauzubillah….

Sesungguhnya kekuasaan Allah zahir dan nyata. Kasihnya rasulullah saw kepada umat baginda juga jelas dan nyata. Tiada rahsia, tiada teka-teki bagi mereka yang mahu memahami. Yang tersurat itu lah yang tersirat. ‘Allah itu Esa, Allah itu tiada(maha ghaib), Allah itu tidak berbentuk dan tidak membentuk, Allah itu maha ada & maha kekal’. Jangan sesekali kita membentuk Allah, kerana sekiranya kita membentuk Allah, maknanya kita telah membentuk berhala, dan itulah yang kita sembah. Nauzubillah….


Jadi persoalannya sekarang…adakah kita termasuk didalam golongan yang menyembah berhala???


Renung-renungkan lah…

HMS

Pernahkah kita bersyukur? Bersyukur dalam ertikata yang sebenar-benarnya bersyukur? Kiranya pernah bersyukur, panjatkan lah rasa syukur..pada yang tidak lupa, teruskan rasa syukur tersebut. Kepada yang terlupa, mulai lah SEKARANG!!!!

Sebelum itu..terima kasih tak terhingga kepada Rabbul Jalil atas ‘kudrat’ ini. Juga kepada Rasulullah SAW yang telah mendoakan kita semua sesuai dengan kasih baginda kepada seluruh umatnya. Juga kepada sifu-sifu yang membimbing hingga sampai ke tahap ini..terima kasih kepada kedua ibu bapa kerana tanpa mereka kita tak wujud didunia ini, juga kepada keluarga yang masih tidak faham apa anak yang seorang ini cuba lakukan..kepada sahabat dan juga kawan, tidak lupa juga kepada yang mungkin pernah berkawan..terima kasih juga kepada yang menyokong dan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang tidak menyokong..terima kasih kepada diri ini yang masih belum menutup peluang untuk meneruskan langkah-langkah seterusnya..terima kasih kepada rezeki yang bertali arus..terima kasih kepada ilmu kerana menyuluh jalan untuk melangkah..terima kasih kepada godaan, kerana tanpanya belum tentu kita kuat..terima kasih kepada hikmat dah hikmah iaitu akal dan fikiran yang senantiasa membantu diri ini..terima kasih kepada kesalahan kerana memberitahu tentang kebenaran.. terima kasih juga kepada ego kerana tanpanya kita mungkin tidak melangkah sekarang ini..terima kasih kepada kesakitan kerana mengingatkan diri supaya bersyukur dengan kesihatan..terima kasih kepada peluang kerana tidak jemu-jemu datang..terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada anda semua kerana berkongsi tenaga dan pemikiran ke arah terhasilnya posting ini. Terima kasih tak terhingga kepada isteri berterusan bersabar dengan segala dugaan dan kepada anak-anak yang belum mengerti TAPI telah mengajar abah maksud syukur..

Itu cuma sebahagian dari pernyataan syukur dan terima kasih yang ada..kepada yang terlupa, mulakan lah SEKARANG…dan pada yang kurang, tambah-tambah lah…dan pada yang ingat sentiasa, teruskan perbuatan hebat yang seperti tidak seberapa ini..

HMS

Satu program yang dirumus khusus untuk meningkatkan kekuatan daya intuisi/naluri diri. Anda akan diberi latihan-latihan asas yang mudah tapi perlu dilatih bagi mencapai tahap yang paling optimum. Program ini bukanlah program shortcut untuk mendapatkan kekayaan ataupun cara cepat untuk menjadi seorang mahaguru. Program ini adalah untuk membina DIRI sendiri dari proses kekuatan/kepekaan intuisi/naluri.


Program ini juga bukanlah suatu program ilmu hakikat ‘mengenal diri’ yang akan mengelirukan dengan bahasa-bahasa teka-teki yang sukar difahami TAPI lebih kepada pembukaan jalan kearah mengenali diri sebagai HAMBA kepada Yang Maha Esa dengan melatih minda, jiwa, raga, tenaga dan rasa.


Antara latihan yang diberikan :

- Latihan asas pernafasan tenaga

- Latihan asas meningkatkan keupayaan rasa

- Latihan asas ‘membersih’ diri dari tenaga negatif

- Latihan asas penumpuan minda


Kenapa hanya ASAS? Kerana sekiranya anda telah menguasai ASAS, bermakna telah PASTI anda menguasai SEGALANYA!!!


Pembelajaran secara jarak jauh yang mana manual LENGKAP latihan akan dikirimkan melalui email.


Kos program HANYA RM150!!! Jangan biarkan DIRI anda ketinggalan…


Hubungi segera : 019-3973223 (Mazlan)

Bank in : 562209605561 maybank