ATTENTION!!

PIHAK HOLISTIC MIND SOLUTION TERUTAMANYA MAZLAN BIN MUHAMMAD ZAIN TIDAK PERNAH MEMBERI TESTIMONI KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MELARISKAN PRODUK/PROGRAM MEREKA. HARAP MAKLUM!!
bilamana perasaan 'tahu' menguasai diri..kebenaran hanya sekadar diruang lingkup 'pengetahuan' yang ada..

bilamana diri mengaku 'tahu', mana mungkin ada pengetahuan selain dari apa yg diri tahu..

bilamana diri tak tahu dia tak tahu, mana mungkin diri tahu apa yang dia tak tahu

tatkala diri tahu dia sebenarnya tak tahu, baru lah bergerak dalam pengetahuan yang maha tahu
Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts
HMS
Khutbah semalam adalah khutbah yang dinanti selama ni..khutbah yang tidak mengulang sebut cerita-cerita semasa yang sudah sedia maklum dimedia-media massa..khutbah semalam adalah mengajak semua kembali kepada Yang Satu..mengajak semua kembali kepada ajaran tauhid yang sebenar..mengajak pulang ke jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasul SAW..

Setelah sekian lama khutbah2 dibaca di setiap masjid yang ada, namun jarang sekali yang mengajak kembali..yang ada cuma sebagai syarat untuk menampakkan ianya sebagai khutbah jumaat..yang banyak disentuh selama ni adalah cuma isu-isu dalam negeri/negara yang sememangnya selalu didengar/dibaca/dilihat media main stream RTM & TV3..khutbah2 juga seumpama mengulang-ulang isu yang sama tanpa ditekankan khusus kepada penyucian hati/jiwa untuk kembali kepada agama Allah Yang Satu..

Hasil pengisian khutbah yang cuma sebagai syarat selama ni boleh dilihat dengan jelas dari gaya/cara setiap makmum yang hadir..amat jelas ditunjukkan dari gaya duduk, gaya solat sunat, gaya membuat saf dan juga gaya tidur yang ada..namun apa yang ditunjukkan oleh para makmum di setiap masjid tidak pernah diperhati ataupun diambil tahu oleh semua termasuklah pihak yang bertanggungjawab serta makmum sekeliannya..

Sebut mengenai saf..jelas ditunjukkan ramai yang tidak mengikut saf-saf yang sedia ada di ruangan dalam masjid..mereka lebih suka mengikut selesa sendiri..sekiranya yang didalam tak betul, bagaimana mungkin yang diluar menjadi betul..

Perhatikan ayat yang diboldkan..fahami benar-benar maksud ayat tersebut..sekiranya rohani tidak betul, bagaimana mungkin jasmani akan betul..takde gunanya kita memakai pakaian2 yang cantik, mahal, jubah, serban diluar tapi bercompang-camping didalam..takde gunanya memakai wangian diluar sekiranya busuk didalam..takde gunanya mengerjakan solat sunat sekiranya mata asyik menjeling ke kiri & kanan, bukan sekadar mata..siap dengan kepala yang bergerak.. tiada gunanya berzikir jika perlakuan mengira tasbih ditunjukkan kepada umum dengan berjalan kesana sini..

Andainya sedari dulu khutbah jumaat menekankan kepada penyucian hati/jiwa, adakah apa yang terjadi kini masih juga terjadi? Andainya sedari dulu khutbah jumaat benar-benar mengajak semua kembali ke jalan Yang Satu, adakah terjadi masalah2 sosial seperti kini? Tajuk khutbah sudah ada tapi pengisiannya yang tak ada..sampai bilakah kita akan disajikan dengan khutbah yang sekadar mengambil syarat? Sampai bila kah kita akan dihidangkan khutbah yang tiada pengisiannya? Sampai bilakah kita cuma sekadar diberitahu mengenai sirah-sirah rasul tapi jalan menuju tidak pernah ditunjuk??

Renung-renungkan lah..
HMS

Hmm..suatu dilemma yang dihadapi oleh hampir semua makhluk yang bernama manusia.. terutama pada mereka yang berasa diri terlalu mulia untuk menyakiti hati orang lain walaupun tega untuk tidak berlaku jujur kepada orang yang tersebut dengan alasan untuk menjaga hati.


Kebenaran adalah pahit untuk ditelan tapi ia tetap merupakan ubat yang paling mujarab untuk setiap manusia. Muliakah kita dengan tidak menyatakan kebenaran sekadar untuk menjaga hati? Agungkah kita dengan ketidak-jujuran hati sendiri? Hebatkah kita sekiranya dapat menjaga hati orang lain? Namun, kebenaran tetaplah kebenaran. Lambat laun terbongkar juga. Setelah kebenaran terserlah, mampukah kita untuk menjaga hati lagi? Kemana perginya kemuliaan? Kemana perginya kehebatan? Dan kemana perginya keagungan diri?


Sejujur mana diri kita? Sejauh manakah kita jujur kepada orang lain? Sedalam mana pula kejujuran kita kepada diri sendiri? Apakah skala yang ada untuk mengukur sesuatu kejujuran? Apakah pula skala yang ada untuk mengukur suatu kebenaran? Senyata mana kenyataan yang kita terima? Apakah pula skala untuk mengukur nyatanya suatu kenyataan? Benarkah ia adalah kenyataan/realiti atau cuma sekadar fantasi demi memenuhi kenyataan diri sendiri? Benarkah kita hidup di alam realiti sedangkan kita tak pernah habis untuk berfantasi?

Sedar atau tidak, ramai diantara kita yang memilih untuk hidup di alam fantasi. Meninggalkan realiti hanya sekadar untuk memenuhi kepuasan fantasi sendiri. Menolak kejujuran demi kononnya menjaga hati. Teringat kata-kata seorang rakan, “we’re not that great to be that humble”.


Apakah penting untuk menjaga hati? Apakah menjaga hati itu terlebih penting dari kebenaran & kejujuran? Apakah benar kita menjaga hati orang lain? Ataupun sekadar melakonkan watak-watak didalam Hikayat Seloka? Sejujur manakah hati kita untuk menjaga hati orang? Sehebat manakah kita untuk menjaga hati orang? Seagung manakah kita untuk menutup kebenaran?


Renung-renungkan lah…

Labels: , 0 comments | edit post
HMS

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati. ~ Saidina Ali bin Abi Talib


Hmm..ada orang yang sememangnya terlalu suka bercakap. Suka sangat bercakap sehinggakan terpaksa mengada-adakan sesuatu yang tidak ada. Ini merupakan lumrah kehidupan didunia ini. Aku mengata engkau, dan engkau mengata aku lalu aku dan engkau mengata dia.


Kenapa ramai diantara kita yang suka mengada-adakan cerita? Kenapa ramai juga yang berpura-pura? Kita mungkin boleh menipu seorang setiap masa, tapi kena ingat bahawa kita tidak boleh menipu semua orang dalam satu masa. Kenapa mesti bermuka-muka? Kenapa pula mesti mengadu domba?


Apa-apa pun, pujian boleh diberikan kepada mereka yang berjaya menipu ataupun memperdayakan orang lain sebab ‘bijak’ dalam mengolahkan kata-kata serta merekabentuk jalan cerita..namun kesian kepada yang percaya kepada cerita tersebut kerana disuap dengan versi yang salah. TAPI yang hairannya, orang yang dikelentong ni terus percaya penuh ataupun dah sememangnya buta mata hati sampai tertutup segala kebenaran.


‘A lie repeated thousand times becomes a truth’ – besar pengaruh kata-kata ni.


Ada juga segolongan ‘bangsa’ yang sememangnya tahu apa yang benar TAPI dengan selamba menutup mata dan mengiyakan kisah seloka hikayat yang tidak benar itu. Dimana letaknya akal? Waraskah mereka yang tergolong dalam ‘bangsa’ ini? Perlukah drama hikayat seloka ini? Masih relevan kah seloka dengan zaman sekarang ini? Zaman dah berubah, namun minda tetap tersangkut!


Inilah realiti kehidupan yang sememangnya setiap saat berlaku walau dimana jua didunia ini. Kawan makan kawan, tikam belakang, ni semua berlaku setiap masa. Dalam mengena, boleh terkena. Dan jangan ingat yang terkena tak boleh mengena. Semuanya tercatat dalam skrip hikayat seloka. Cuma tinggal untuk dilakonkan oleh watak-watak yang sememangnya sentiasa bersedia.


Renung-renungkan lah...

Labels: , 0 comments | edit post
HMS

Perkataan ni asyik mengetuk fikiran ni..Apa sebabnya??? Ntah..tak tau nak kata sebab apa. Semua orang mahukan kebenaran tapi sejauh manakah kebenaran yang dikatakan kebenaran tu? Semua orang mengaku diri benar tapi sedalam manakah kebenaran diri ni? Siapakah yang menentukan kebenaran? Kuasa manakah yang memperakui kebenaran? Alat pengukur manakah yang digunakan untuk kita mengukur tahap sebuah kebenaran??


Benarkah diri kita ni benar? Benarkah kita sekarang berada dijalan yang benar? Benarkah kita tidak tersesat? Benarkah kita ni tahu? Benarkah kita ni berilmu? Benarkah kita ni muslim yang mukmin? Atau lebih tepat, benarkah kita ni muslim???


Pernahkah terfikir bahawa kita ni sebenarnya selalu engkar? Kita ni sebenarnya selalu kufur?? Kita ni sentiasa diambang kesesatan?? Terasa marah dengan soalan2 ni??? Terasa diri benar? Terasa diri tahu?? Terasa diri muslim yang menurut segala perintah??? Benarkah kita bila kita cuba menilai perintah Allah? Contohnya perintah menutup aurat pada wanita menjadi sekadar fesyen ikutan. Benarkah kita bila kita tidak mengendahkan seruan Rasulullah SAW? Contohnya bila mengiktikadkan seruan azan itu sekadar tanda masuknya waktu solat.


Pernahkah terfikir bahawa kita ni cuma berilusi apabila berkata kita ‘tahu’? melalui apakah yang membuatkan kita mengaku kita ni tahu? Adakah melalui fikiran? Akal? Ingatan? Khayalan? Atau hati?? Fikiran senantiasa menerawang, akal mencari jalan untuk memenuhi fikiran, ingatan cuma berlegar dipengalaman lalu yang dah lepas, khayalan pula terus melompat dimensi waktu manakala hati ibarat api pelita yang terbuai ditiup angin.


Jadi apakah dia kebenaran yang sebenarnya benar? Setiap janji Allah adalah benar, setiap janji rasulullah saw adalah benar. ‘Demi masa, sesungguhnya manusia berada didalam kerugian, berpesanlah dengan kebenaran yang sebenarnya benar & berpesanlah dengan kesabaran’.


Renung-renungkan lah..

Labels: , 0 comments | edit post
HMS

Mikrokosmos, makrokosmos & metakosmos..amende lak ni?? hmm..mari sesama pening pasal terminologi..hehehe..

mikrokosmos adalah alam mikro ataupun alam kecil atau kalau nak sedap lagi alam diri..bermula dari segala anggota jasad fizikal hinggalah ke setiap sel-sel yang ada. mikrokosmos mempunyai minda tersendiri yang dipanggil minda mikro..yang bermaksud setiap bahagian dari tubuh badan manusia termasuk sel-sel mempunyai minda tersendiri. minda disini bukan bermaksud fikiran tetapi lebih kepada sistem. suatu sistem yang lengkap serba canggih. sistem yang bergerak dengan sendirinya tanpa disedari oleh empunya diri. minda kasar diri yang dipanggil fikiran/akal tidak pernah mahu mengambil peduli akan sistem mikro yang ada pada diri. fikiran lebih seronok memikirkan hal-hal yang membawa diri kepada keseronokan fizikal semata. diri tidak pernah mengambil peduli bagaimana sistem mikro ini bekerja untuk mengganti sel-sel yang telah mati, menambah bilangan sel-sel yang kurang, malah tidak pernah terfikir bagaimana minda mikro ini menjana/mengecas kembali tenaga diri yang telah hilang. walaupun sistem ini canggih, tapi sistem ini masih juga terdedah kepada agen-agen asing/virus akibat dari kelalaian empunya diri.

makrokosmos adalah alam makro ataupun alam besar atau lebih dikenali sebagai alam semesta.. makrokosmos juga mempunyai minda tersendiri yang dipanggil minda makro. yang bermaksud setiap unsur didalam alam semesta ini seperti angin, air, api, tanah, mempunyai minda mereka tersendiri yang mana setiap minda yang ada pada setiap unsur bergabung menjadi satu minda yang besar iaitu alam semesta. minda makro juga merupakan suatu sistem yang lengkap serba canggih. setiap pergerakan yang berlaku adalah mengikut setting yang telah ditetapkan. sistem makro ini saling bergantung dengan sistem mikro. rosak/korup nya sistem makro adalah disebabkan oleh sistem mikro yang telah dipengaruhi oleh agen-agen asing/virus. sistem mikro lah yang selalu mengganggu perjalanan sistem makro dengan menggoyahkan paksi-paksi bumi diatas nama pembangunan. juga akibat dari korupnya sistem mikro, kumbahan yang terhasil juga telah tercemar yang mana terus mencemarkan sistem makro.

metakosmos adalah alam yang paling besar, alam yang tidak terjangkau kepada pemikiran kasar minda mikro. yang mengawal keseluruhan sistem mikro & juga sistem makro. metakosmos lebih dikenali sebagai alam ketuhanan. yang mana kebanyakan pemikiran kasar minda mikro cuba untuk mengenali serta mencari untuk ketemu dengan Pemiliknya..lalu lahirlah berbagai-bagai teknik, kajian, sistem-sistem baru hanya kerana mahu mengenal atau lebih ekstrim lagi mahu mencari dan berjumpa dengan Pemilik sistem-sistem mikro, makro & meta ini. ada dikalangan sistem mikro yang kononnya telah menguasai sebahagian dari sistem makro, lalu mengaku diri adalah telah kenal kepada Pencipta sistem. ada juga sistem mikro yang mengaku diri adalah penguasa/khalifah/kekasih kepada Pencipta sistem dan ada juga sistem mikro yang telah korup total mengaku diri ada Pencipta sistem.

empunya sistem mikro perlulah lebih perihatin terhadap sistem mereka, kenalpasti agen-agen asing yang cuba mengambil alih ataupun yang telah bertapak didalam sistem. upgrade le sistem yang ada, buat deep scanning, bersihkan sistem dari agen-agen asing. usahalah sedaya upaya agar sistem mikro ini bersih sebersihnya..kalau perlu format, format lah segera sebelum sistem anda didelete oleh Pemilik sistem.

renung-renungkan lah..

Labels: , 0 comments | edit post
HMS

Isu ni telah diutarakan oleh khatib masa khutbah jumaat dalam 2 minggu lepas. Jika dizaman Rasulullah SAW, golongan penyembah berhala ini menyembah berhala yang berbentuk patung-patung dewa/tuhan tertentu. Jadi golongan penyembah berhala dahulu secara jelasnya menunjukkan aktiviti penyembahan mereka yang sememangnya jauh bersalahan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Aktiviti penyembahan ini adalah kerana mengikut perbuatan yang dilakukan turun-temurun diwarisi dari kedua orang tua yang mana diwarisi dari kedua orang tua mereka dan seterusnya. Ini adalah kerana sifat manusia yang sememangnya dari dulu sehingga sekarang mencari serta mengkaji kewujudan Pencipta. Dengan kaedah akal mereka membentuk tuhan mereka dari apa yang boleh difahami.


Dizaman sekarang ni yang canggih dengan segala teknologi, manusia tetap dengan sifat yang satu, iaitu masih tercari-cari siapakah Pencipta. Atau dengan kata lain, manusia masih tercari-cari siapa/apa yang disebut sebagai TUHAN. Dengan kemajuan akal/minda, manusia sekarang tidak lagi menyembah patung-patung TAPI manusia lebih kepada menyembah ‘berhala’ yang berupa sesuatu ideologi/fahaman. Keadaan ini amat berbeza dari penyembahan berhala zaman dahulukala. Dan penyembahan berhala kini lebih halus dan tersusun. Keadaan ini lah yang berlaku setelah datangnya zaman fitnah iaitu zaman dimana ‘pembersihan’ ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW dilakukan secara besar-besaran. Dimana pembunuhan demi pembunuhan dilakukan bermula dari pembunuhan Saidina Ali ra, Saidina Husin ra...atas alasan tidak mahu adanya perpecahan dikalangan umat islam.


Hal ini tidak lari dalam perjalanan mengenal Allah. Ada golongan yang telah secara sedar ataupun tidak sedar ‘membentuk’ Allah yang maha ghaib lagi tiada berbentuk. Daripada jalan mengenal kekuasaan Allah yang Esa, telah menjadi jalan mencari tuhan yang bernama Allah. Nauzubillah…. Hingga terbitnya bermacam-macam terminologi yang sukar difahami atas alasan rahsia..berbagai perguruan serta pengajian yang kononnya mengajar erti hakikat serta mendapat makrifat kepada Allah. Bermacam-macam pengakuan yang telah terlafaz, sehinggakan ada yang mengaku diri adalah tuhan. Dan ada yang telah mengaku diri adalah Allah. Nauzubillah….

Sesungguhnya kekuasaan Allah zahir dan nyata. Kasihnya rasulullah saw kepada umat baginda juga jelas dan nyata. Tiada rahsia, tiada teka-teki bagi mereka yang mahu memahami. Yang tersurat itu lah yang tersirat. ‘Allah itu Esa, Allah itu tiada(maha ghaib), Allah itu tidak berbentuk dan tidak membentuk, Allah itu maha ada & maha kekal’. Jangan sesekali kita membentuk Allah, kerana sekiranya kita membentuk Allah, maknanya kita telah membentuk berhala, dan itulah yang kita sembah. Nauzubillah….


Jadi persoalannya sekarang…adakah kita termasuk didalam golongan yang menyembah berhala???


Renung-renungkan lah…

HMS
Ajaran sesat..ilmu sesat..website sesat..orang itu sesat...orang ini sesat..abis semuanya sesat. Jadi yang mana satu yang tidak sesat?

Apa skala yang mengatakan kita tidak sesat? Apa pengesahannya bahawa kita tidak sesat? Sebab kita mengaku mengikut jalan Ahli Sunnah? Sebab kita pakai kopiah, serban, jubah, purdah?? Sebab bila bercakap/menulis kita selalu copy & paste ayat-ayat dari Al-Quran??

Apa pula skala yang jatuh kepada sesat? Yang terang-terangan menolak dalil Quran & Hadis tu takyah citer le...Apakah sebab mereka ini tahu sesuatu yang lebih dari kita dan tak pernah kita tahu, kita terus labelkan golongan itu sesat? Apakah sebab cara berpakaian moden, kita boleh kata orang itu sesat? Apakah dengan alasan sesuatu perkara itu takde dizaman Rasulullah SAW, maka perkara itu sesat?

Apa pegangan kita? Adakah kita tahu apa pegangan orang lain? Andainya kita menilai dari segi luaran...yang tersesat adalah kita. Ramai orang gunakan alasan ’zaman Rasulullah dulu takde benda ni semua..’ Komputer, internet, kereta, telefon pun takde dizaman tu..Guna kristal sesat..Batu cincin camana lak?? Apakah disebabkan nama dalam bahasa Agate – Akek, Jade-Zamrud menjadi satu kesalahan?

Ada 73 jalan...yang sampai hanya 1 jalan...jalan yang mana? Jalan Ahli Sunnah?? Kalau tersilap sikit terus jadi Jabariah...Jadi jalan yang mana satu? Dalam surah Al-Fatihah ada sebut...’JALAN YANG LURUS’..

Semoga kita semua mendapat jalan tersebut...Amin
HMS

Minda..semua orang termasuk kita menggunakan perkataan ‘minda’ ini...apa sebenarnya ‘minda’? Sehinggakan ada golongan yang menyokong dan ada juga yang menentang perihal penggunaan minda ini.

Minda – akal fikiran, daya berfikir: yang disuburkan dengan ilmu pengetahuan yang banyak, akan menjadi alat yang tajam untuk mengatasi berbagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru; kita menggunakannya untuk berfikir (Kamus Dewan Edisi Ketiga Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996)

Merujuk kepada maksud yang ada didalam kamus..dimana agaknya kesalahan untuk menggunakan minda sehingga ada golongan yang dengan lantangnya menjatuhkan hukuman sesat kepada sesiapa yang menggunakan minda?

Mungkin juga tentangan ini terjadi kerana dinegara kita sekarang ini semua orang menggunakan istilah ‘KUASA’ minda? Apakah disebabkan tiada perkataan ‘MINDA’ dizaman Rasulullah SAW dahulu, maka pengunaannya dianggap terseleweng dari agama? Apakah kerana penemuan-penemuan terkini berkenaan minda hampir semuanya datang dari negara-negara Barat yang bukan beragama Islam, maka semua muslim tidak boleh mengunakannya? Banyak lagi kemungkinan-kemungkinan yang tidak tersenarai disini..

‘Bermula fikir itu pelita hati’ - Hadis

‘Berfikir sesaat terlebih afdhal daripada ibadat 70 tahun’ – Hadis

‘TidakKu jadikan bulan dan bintang, siang dan malam kecuali untuk orang yang berfikir’ – Firman

Banyak lagi dalil-dalil yang membenarkan penggunaan minda/akal. Akan tetapi golongan pembangkang juga mempunyai dalil tersendiri..

“Tunduk akal kerana wahyu”

Cuba renungkan kembali fungsi akal/minda. Apa yang difahamkan melalui ’tunduk akal kerana wahyu’? Itu menunjukkan betapa sempurnanya kejadian akal yang tidak akan menolak sesuatu yang benar.

Salah cuma sekiranya menyalahgunakan kelebihan akal/minda itu untuk merosakkan orang lain. Termasuklah dengan memberi pandangan yang sempit terhadap penggunaan kuasa minda seolah-olah hanya kita yang betul didunia ini. Salah juga andainya menggunakan akal untuk mencari Allah.

Perlulah kita ingat dalam keghairahan menggunakan kuasa minda ini..janganlah kita iktikadkan bahawa segala usaha itu datangnya dari kita sendiri..iktikad ini amat bahaya kerana ia menjatuhkan kita ke dalam golongan 'muktazilah'. Zindiq tu!! Iktikad bahawa segala sesuatu hanya dari Allah tanpa ada langsung sandaran pada usaha kita juga bahaya..'Jabariah' lak jadinya, zindik gak tu!! Jadi, iktikadkan bahawa segala apa yang berlaku adalah dengan Kuasa Allah dalam Qada dan QadarNya dengan bersandarkan usaha kita yang dikurniakan akal dan fikiran supaya kita tidak jatuh zindiq..inilah iktikad ahli sunnah!! Tapi mesti diingat bahawa Maha suci Allah daripada segala sandaran!

Tanpa minda, mana mungkin kita boleh faham, tanpa faham mana mungkin kita boleh yakin dan tanpa yakin bagaimana hendak mengEsakan Allah? Yang Maha Berkuasa diatas segalanya tiada satu pun yang seumpamaNya kerana bersalahan dengan segala perumpamaan. Sekiranya bertauhid, bertauhid lah dengan sebenar-benarnya tauhid..jangan sekali dicampur aduk.. Penggunaan minda bukannya bertujuan untuk menyatakan diri kita berkuasa TETAPI untuk menambahkan keyakinan hati dengan mengakui betapa hebatnya kuasa Allah.


Renung-renungkan lah..

Labels: , 0 comments | edit post