Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati. ~ Saidina Ali bin Abi Talib
Hmm..ada orang yang sememangnya terlalu suka bercakap. Suka sangat bercakap sehinggakan terpaksa mengada-adakan sesuatu yang tidak ada. Ini merupakan lumrah kehidupan didunia ini. Aku mengata engkau, dan engkau mengata aku lalu aku dan engkau mengata dia.
Kenapa ramai diantara kita yang suka mengada-adakan cerita? Kenapa ramai juga yang berpura-pura? Kita mungkin boleh menipu seorang setiap masa, tapi kena ingat bahawa kita tidak boleh menipu semua orang dalam satu masa. Kenapa mesti bermuka-muka? Kenapa pula mesti mengadu domba?
Apa-apa pun, pujian boleh diberikan kepada mereka yang berjaya menipu ataupun memperdayakan orang lain sebab ‘bijak’ dalam mengolahkan kata-kata serta merekabentuk jalan cerita..namun kesian kepada yang percaya kepada cerita tersebut kerana disuap dengan versi yang salah. TAPI yang hairannya, orang yang dikelentong ni terus percaya penuh ataupun dah sememangnya buta mata hati sampai tertutup segala kebenaran.
‘A lie repeated thousand times becomes a truth’ – besar pengaruh kata-kata ni.
Inilah realiti kehidupan yang sememangnya setiap saat berlaku walau dimana jua didunia ini. Kawan makan kawan, tikam belakang, ni semua berlaku setiap masa. Dalam mengena, boleh terkena. Dan jangan ingat yang terkena tak boleh mengena. Semuanya tercatat dalam skrip hikayat seloka. Cuma tinggal untuk dilakonkan oleh watak-watak yang sememangnya sentiasa bersedia.