ATTENTION!!

PIHAK HOLISTIC MIND SOLUTION TERUTAMANYA MAZLAN BIN MUHAMMAD ZAIN TIDAK PERNAH MEMBERI TESTIMONI KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MELARISKAN PRODUK/PROGRAM MEREKA. HARAP MAKLUM!!
bilamana perasaan 'tahu' menguasai diri..kebenaran hanya sekadar diruang lingkup 'pengetahuan' yang ada..

bilamana diri mengaku 'tahu', mana mungkin ada pengetahuan selain dari apa yg diri tahu..

bilamana diri tak tahu dia tak tahu, mana mungkin diri tahu apa yang dia tak tahu

tatkala diri tahu dia sebenarnya tak tahu, baru lah bergerak dalam pengetahuan yang maha tahu
HMS

Ramai yang mengaku berakal tetapi adakah kita ini sebenar2nya faham akan AKAL yang dimaksudkan atau kita yang diajar lalu menurut akan apa yang diajar awalnya katanya akal dan otak adalah yang sama. Adakah setiap makhluk yang diciptakan Yang Esa berakal, "Sekiranya kamu mahu berakal", "Kiranya kamu berakal" antara perumpamaan Yang Esa yang disampaikan Rasul saw yang dikasihi. Berakal adalah sesuatu yang diperolehi dari kefahaman lantas berusaha untuk bangun menjadi antara makhluk yang berakal. 


Setiap makhluk dicipta Yang Esa bersama2 otak yang menjadi sebahagian dari jasad makhluk itu. Fungsi otak yang merakam/menyimpan/mengingati akan apa yang telah dilalui (pengetahuan) lalu diterjemahkan pada perbuatan berdasarkan pengetahuannya. Lalu lahir perbuatan berasaskan ingatan (perbuatan yang berulang2 dilakukan). Otak juga berfungsi sebagai pengimbang yang mempastikan keseimbangan seterusnya kelancaran perjalanan sistem (organ) jasad. Proses pembentukan otak bermula dari kandungan sehingga mencapai akil baliqh lalu bermula proses perkembangan otak seterusnya mencapai tahap matangnya bila mencapai 40 tahun dimana otak berhenti berkembang sehingga mencapai umur 60 tahun sebelum ia mula mengecut kembali.


Pengunaan otak yang tercipta atas tujuan yang lain2 telah disalahguna menyebabkan belaku kecelaruan dalam proses kehidupan jasad lalu datang ketidakstabilan yang menyebabkan kerosakan pada sistem jasad. Dalam mengunakan otak untuk menjadi nakhoda pada diri, kita sering terbabas atas kebuntuan jalan/arah, kerana otak tidak mampu mencapai sesuatu yang tiada dalam pengetahuan. Tahap penyimpaan data/maklumat pada otak juga terbatas dan dalam proses untuk menyimpan data2 yang baru diterima lalu ia harus menghapuskan data2 yang lama secara pukal tidak terpilih. kita telah menyalahguna otak dari fitrah penciptaan menyebabkan otak sering kepenatan berkerja tanpa henti lalu lahir kepanasan yang mendatangkan ketidak seimbangan jasad. Lalu turun firman2 Yang Esa didalam surah "Binatang Ternak", yang disampaikan Rasul saw mengajar kita agar tidak menjadi sebahagian dari binatang ternak yang hidup atas kebiasaan otak.


Hari ini manusia telah sampai kepada kemuncak pengetahuan yang diulang2 dimana setiap pengulangan akan datang pengecilan dan akhirnya akan hilang. Manusia hari ini sudah hilang arah dimana pengetahuan yang menjadi pengantungan kepada mereka tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul sebaliknya setiap tindakan dari pengetahuan mereka membawa satu permasalahan yang baru pada mereka. Disinilah yang dikatakan kemuncak pada kejatuhan kehidupan dimana manusia hilang arah lalu tenggelam dalam pengetahuan kehidupan. Manusia akan terus berlegar2 mencari penyelesaian pada permasalahan mereka tanpa ada jalan keluar pada mereka. Manusia akan menjadi seperti binatang ternak yang tidak mampu menyelesaikan barang sekecil permasalahan yang timbul pada mereka. "Kiranya kamu berkata akan berakalnya kamu maka tunggulah akan datangnya hari kami menguji kamu, sesungguhnya Tuhan kami lebih mengetahui lagi bijaksana".




*dipetik dari http://ishakismail.blogspot.com
Labels: , , 0 comments | edit post
HMS
Diri yang terbahagi pada emosi, perasaan dan perbuatan maka lahirlah kehidupan dan adakah kita peduli atau mahu mengambil peduli ?. Kiranya dipecahkan emosi yang rasa yang lahir dari hati, perasaan rasa yang lahir dari otak yang terbentuk dari sifat nafsu/kehendak dan perbuatan adalah tindakbalas yang diterjemah pada jasadnya. Disinilah tersembunyi rahsia dengan menguasai emosi manusia, syaitan/jin berupaya menguasai manusia tanpa manusia itu sedar akan diri yang dikuasai. 

Kita yang tidak mengenal erti rasa lalu tidak berupaya membezakan2kan rasa lalu disitulah kelemahan yang digunakan mereka untuk menguasai emosi lalu diajar mengangkat perasaan yang dikuasai mereka pada perbuatan kita. Perasaan adalah sifat kehendak yang lahir dari otak lalu disitulah kita dibentuk atau dinakhoda Iblis 'The Puppetier" yang membawa kehidupan kita mengikut kehendaknya.

Lalu kita diajar untuk mematikan kehendak (otak) agar diri terlepas dari menjadi boneka iblis, lalu hidup sebagai hamba Yang Maha Esa. Berbezanya manusia yang hidup dari emosi/rasa dan mereka yang hidup dengan perasaan yang berteraskan kehendak dan kemahuan. Lalu datanglah perasaan2 yang menhidupkan manusia atau kehendak MAHU.. mahu berkuasa, mahu kekayaan, mahu isteri/suami yang cantik/tampan bermacam2 perasaan mahu sehingga membawa kita perasaan atau hidup dalam kepura2an. Kita berpura2 tahu atas perasaan malu kiranya dikatakan tidak tahu, dan bergitulah kita akan terus berpura2 sehingga tiada lagi Jasad sebagai pakaian lalu disitulah akan datang penyesalan lalu merayu2lah kita minta diberikan peluang untuk membetulkan kesilapan kita.?

Pilihan pada kita yang memilih jalan pada kita, tiada halangan untuk kita terus hidup dalam dunia hayalan perasaan atau kita memilih jalan rasa yang membawa kebenaran Yang Nyata kiranya kita mahu?. Kita boleh berkata tahu pada perasaan berpengetahuan kita atau kita boleh memilih untuk merasai kebenaran yang tiada pada kita .


*dipetik dari http://ishakismail.blogspot.com
Labels: , , 0 comments | edit post